untuk suami …………….
renungkanlah pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia. Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah, tidaklah setakwa aishah, pun tidak setabah fatimah…….. justeru itu isterimu hanyalah wanita akhir zaman
yang punya cita-cita menjadi solehah
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama
isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
isteri adalah murid kamu mursyidnya
isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah
meluruskannya……….
pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman
dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T
kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana
justeru itu kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah Rasulullah saw!
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahuwajhah
cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh
…………..amin
untuk isteri pula……………..renungkanlah…..
pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
suami yang menikahi kamu tidaklah semuali Muhammad saw.
tidaklah setaqwa Ibrahim
pun tidak setabah Ayyub atau pun
segagah Musa……. apalagi setampan Yusuf
justeru itu suami kamu hanyalah lelaki akhir zaman yang
punya cita-cita membangun keturunan yang soleh….
pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan
bersama.
suami menjadi pelindung kamu penghuninya
suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton
kenakalannya
saat suami menjadi raja kamu nikmatilah anggur singgahsananya
seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatinya
pernikahan ataupun perkahwinan…
mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt
kerana memiliki suami yang tak segagah mana
justeru kamu akan tersentak dari alpa
kamu bukanlah khadijah yang begitu sempurna di dalam
menjaga pun bukanlah hajar yang begitu setia dalam
sengsara
cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi
solehah…….. amin
justeru itu wahai para suami dan isteri…..
janganlah menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
suami dan isteri ingatlah;
mengapa mendambakan isteri sehebat khadijah
andainya diri tidak semulia rasulullah
tidak perlu mencari isteri secantik balqis
andainya diri tidak sehebat sulaiman
mengapa mengharapkan suami setampan yusuf
seandainya kasih tak setulus zulaikha
tidak perlu mencari suami seteguh ibrahim
andainya diri tidak sekuat hajar dan sarah
marilah kita sama2 merenungkanny